Thursday 1 November 2012

Gadis OKU Dirai...Terima Kasih PERKASA


Siti Diarak Menaiki Kereta Kuda

Rasa terpanggil dan sangat tertarik bila saya melihat di akbar kisah seorang OKU yang ditaja perkhawinannya oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Yang lebih menarik kerana gadis ini adalah anak jati Kelantan, negeri tempat lahir saya.

Di sini saya bukan hendak bercerita tentang NGO tersebut, tetapi apa yang hendak saya kongsikan dengan pembaca ialah kisah seorang gadis OKU yang bernama Siti Habsiah yang cacat sejak lahir iaitu tidak mempunyai kaki hingga paras lutut. Beliau seorang gadis kampung yang dulunya tidak pernah keluar dari rumah dan juga tidak bercampurgaul dengan masyarakat.

Hinggalah suatu hari, pada 7 tahun yang lalu beliau dilawati oleh sekumpulan rombongan yang diketuai oleh isteri wakil rakyat pada masa itu, Hjh. Fatimah (isteri kepada Mantan ADUN Tendong, Tuan Hj. Fauzi) yang menghadiahkan beliau sebuah kerusi roda.
Hjh. Fatimah juga mendapat tahu bahawa Siti pandai menjahit baju, tetapi Siti hanya menggunakan mesin jahit lama dan uzur. 

Dengan berkat kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk membantu gadis OKU ini, Hjh. Fatimah telah mendaftarkan Siti di Yayasan Murni untuk mendalami lebih lanjut dalam ilmu penjahitan ini. Siti pada masa itu hanya pandai menjahit cara "kampung" sahaja, apa yang Hjh. Fatimah nampak ialah Siti boleh membantu pendapatan keluarganya jika dia diberi peluang untuk belajar lebih jauh lagi. Bermula dari situ juga Siti diambil sebagai anak angkat kepada pasangan Tuan Hj. Fauzi dan Hjh. Fatimah.  Bermulalah kehidupan baru buat Siti, dan di Yayasan Murni Siti mendapat Diploma Jahitan. 

Keratan Akbar

Dalam pada itu Siti berkenalan dengan seorang jejaka iaitu Bakri. Siti mengenali Bakri hanya di telefon pada masa itu. Memang unik cara perkenalan mereka kerana ianya secara kebetulan iaitu Siti tersilap dail ke nombor telefon Bakri, dari situlah mereka berkenalan. Dalam perkenalan itu, Siti berterus terang pada Bakri yang dia seorang gadis cacat dan Bakri dengan rela hati menerima Siti dan melamar Siti.

Dato Mohamad Zahari Awang

Hal ini diceritakan kepada ibu angkatnya, Hjh. Fatimah. Hjh. Fatimah bertekad untuk membantu melaksanakan majlis perkhawinan Siti dan Bakri.
Dengan bantuan suaminya, majlis tersebut mendapat banyak sumbangan termasuk dari poket Tuan Hj. Fauzi sendiri. Salah seorang yang banyak membantu dalam menjayakan majlis perkhawinan Siti dan Bakri ialah Dato' Mohamad Zahari Awang Al Pubely (Pengerusi D Zarong Asset Limited). Juga termasuk beberapa orang lagi dan yang tentunya bapa angkat Siti sendiri iaitu Tuan Hj. Fauzi ( Mantan ADUN Tendong).

Dato Him Bergambar Kenangan Bersama Pasangan Pengantin

Majlis itu diuruskan oleh PERKASA dan dibantu oleh RAKANITA. Dari persiapan hinggalah kerja memasak, semuanya adalah gotong royong oleh pihak PERKASA. Walaupun majlis itu serba sederhana, namun ianya sangat meriah.
Majlis perkhawinan Siti berlangsung di rumah Siti di kampung Pangkal Kala, Bunut Susu. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato' Ibrahim Ali (Persiden PERKASA merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas), Dato' Mohamad Zahari Awang, YM. Tengku Iskandar, Dato Hanapi Mamat (Ketua Bahagian Pasir Mas) Johan Che Pa (Timbalan Ketua Bahagian Pasir Mas) dan ramai lagi.

Tuan Hj. Fauzi Dan Dato' Hanapi Bersama Pengantin

Saya merasa berbangga kerana pada hari ini, masih wujud insan yang sangat berhati mulia yang sudi membantu tanpa menharap apa apa balasan. Dan insan yang berhati mulia itu adalah anak Melayu. Alahmdulillah... Syukur...
Saya juga percaya, diluar sana masih ramai lagi insan yang berhati mulia seperti ini yang sudi membantu lebih ramai golongan yang sangat memerlukan.

Renung Renungkanlah...


0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan